Hari Bersama Komuniti PI PPR Sibujaya
10 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2017 yang lalu, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Hari Bersama Komuniti PI Sibujaya. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah ICT Explorace, Pertandingan Gubahan Manik dan Pertandingan Poster. Seramai 15 orang peserta telah menyertai ICT Explorace dan 5 orang peserta menyertai Pertandingan Poster manakala 3 orang peserta menyertai Pertandingan Gubahan Manik. Kami juga bekerjasama dengan PI Seduan Rantau Panjang dan PI Bawang Assan bagi menjayakan Program Hari Bersama Komuniti PI PPR Sibujaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: