Program Lawatan Sambil Belajar dari Tabika Kemas
10 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1, 3, 4 dan 9 November 2017 yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya telah menerima Program Lawatan Sambil Belajar daripada 7 buah Tabika Kemas berdekatan iaitu Tabika Kemas Sibujaya Town Villa (Kelas C), Tabika Kemas Sibujaya HDC Garden B3A (Kelas D), Tabika Kemas Durin Kanan, Tabika Kemas Kpg Bersatu Jaya, Tabika Kemas Rh. Penghulu Philip Kayak, Tabika Kemas Sibujaya Town Villa Erica dan Tabika Kemas Sibujaya A3 (Kelas A dan Kelas B) ke PI Sibujaya dengan kerjasama PI Kg Bandong dan PI Seduan Rantau Panjang. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
Seramai 133 orang murid tabika kemas dan 16 orang guru terlibat sama dalam lawatan sambil belajar ini. Program yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan PI, Pendedahan Kepada Komponen-Komponen Komputer, Taklimat dan Tayangan Video KDB serta pendedahan terhadap cara pembelajaran secara atas talian. Pelajar juga telah diberi peluang untuk bermain permainan pembelajaran ABC atas talian secara E-Learning yang sangat mengujakan mereka terutamanya bagi pelajar yang pertama kali menggunakan peralatan komputer. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap dunia digital dan cara menggunakan internet secara positif dan berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: