Program Advokasi SK ST Mary
13 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2017 yang lepas (8:00am – 11:00am), Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya dengan kerjasama PI Kg Bandong, PI Seduan Rantau Panjang dan PI Bawang Assan telah mengadakan Program Advokasi di SK ST Mary. Program ini telah diadakan di Makmal Komputer SK ST Mary. Seramai 45 orang pelajar Tahun 5 termasuk guru terlibat sama dalam program tersebut. Program ini dijalan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB serta taklimat mengenai Check Your Label dan E-Waste.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI kepada warga sekolah. Di samping itu, program ini mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Melalui program ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: