Kursus Asas Komputer
08 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6-7 Mei 2017 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kursus Asas Komputer di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 6 orang peserta yang terlibat dengan kursus ini. Peserta didedahkan mengenai pengenalan dan penggunaan perisian Microsoft Office Word 2016, Microsoft Office Powerpoint 2016 dan Microsoft Office Excel 2016. Menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office 2016.
Peserta juga menduduki ujian Asas Komputer untuk mendapatkan sijil bagi peserta yang lulus daripada Pusat Internet PPR Sibujaya. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel serta dapat membezakan penggunaan setiap perisian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: