Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran Staf PI Sibu dan JKKK PPR Seduan Rantau Panjang
06 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2017 yang lepas, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sungai merah telah mengadakan satu Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini dihadiri oleh semua staf PI Zon Central Sibu dan juga Ahli JKKK PPR Seduan.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI amnya, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: