Program Advokasi Di SK Abang Ali

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2019 (Khamis) yang lepas, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya dengan kerjasama PI Kg Bandong, PI Seduan Rantau Panjang PI Rantau Panjang dan PI Nanga Skuau telah mengadakan Program Advokasi di SK Abang Ali. Program ini telah diadakan di Bilik Makmal Komputer SK Abang Ali. Seramai 118 orang pelajar Tahun 5 termasuk guru terlibat sama dalam program tersebut.

Program ini dijalan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB serta taklimat mengenai Check Your Label dan E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI kepada warga sekolah. Di samping itu, program ini mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Melalui program ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali