Program Advokasi di SMK Sungai Merah

28 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2018 (Isnin) yang lepas, Pusat Internet (Pusat Internet) RPR Sibujaya dengan kerjasama PI Bandong, PI Seduan Rantau Panjang PI Rantau Panjang dan PI Nanga Skuau telah mengadakan Program Advokasi di SMK Sungai Merah. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna SMK Sungai Merah. Seramai 197 orang pelajar Tingkatan 1 termasuk 5 guru terlibat sama dalam program tersebut. Program ini dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB serta taklimat mengenai Check Your Label, online grooming dan E-Waste.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan Pusat Internet kepada warga sekolah. Di samping itu, program ini mendedahkan pelajar tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini. Melalui program ini, diharap para pelajar akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali