Bengkel Cheese Tart dan Cream Puff

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2018 yang lalu, Delicious Zaida telah mengadakan Bengkel Cheese Tart dan Cream Puff di PI PPR Sibujaya. Program ini berlangsung dari jam 9:00 Pagi sehingga jam 1:00 petang di bilik latihan Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya. Program ini disertai oleh 8 orang belia yang dikendalikan oleh pihak Delicious Zaida dan PI PPR Sibujaya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepada belia mengenai pembuatan cheese tart dan cream puff untuk kegunaan sendiri mahupun meningkatkan bilangan usahawan tempatan. Dalam program ini juga, para peserta diberi penerangan dan taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste dan Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali