Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran
03 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mac 2018 yang lepas, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sungai merah telah mengadakan satu Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI Kg. Bandong. Program ini dihadiri oleh semua staf PI Zon Central Sibu dan juga komuniti setempat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI amnya, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: