Hari Bersama Komuniti PI Meradong
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya dan PI Bandong turut serta membantu menjayakan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Meradong. Program ini adalah anjuran bersama PI Meradong, Komuniti 1 Malaysia Kawasan Kg. Melayu Bintangor dan SINGER Bintangor. Program ini berlangsung di PI Meradong dan bermula pada jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 tengah hari. YB Datuk Ding Kuong Hiing (ADUN N.46 Meradong) juga turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pendaftaran ahli PI, Taklimat e-Rezeki & Advokasi, Taklimat Pengukuhan K1M ,Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak Tradisi, Pertandingan Puzzle, E-Learning untuk kanak-kanak Tabika KEMAS, Pertandingan Kraftangan Manik, Cat Show serta Cabutan Bertuah tajaan SINGER Bintangor dan PI Meradong.
Tujuan Hari Bersama Komuniti PI Meradong ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf pengurusan PI Meradong dan komuniti setempat terutamanya ahli-ahli PI Meradong. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan PI, eRezeki serta kursus yang diadakan di PI kepada para pengunjung yang datang.
Seramai lebih dari 100 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Diharapkan agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan seterusnya dapat memartabatkan kepentingan PI untuk masyarakat khususnya untuk komuniti luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: