Kelas Canva Poster Design
21 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2018 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Canva Poster Design di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 4 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas ini memberi pengenalan dan pendedahan dengan penggunaan aplikasi online Canva untuk membuat iklan ataupun poster.
Dengan pengunaan aplikasi Canva ini, ia boleh memudahkan peserta membuat “editing” gambar tanpa menggunakan aplikasi professional seperti Adobe photoshop untuk kegunaan peserta di masa yang akan datang serta dapat memberi pendedahan kepada aplikasi online yang amat berguna dan mudah untuk tujuan pegiklanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: