Kelas Asas Ms Office Powerpoint & Ms Office Excel
22 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 dan 21 Januari 2018 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint, Softskill dan Kelas Asas Microsoft Office Excel di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 9 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Powerpoint 2016 dan juga Microsoft Office Excel. Menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Powerpoint 2016 juga asas kemahiran membuat slide dan pembentangan hasil kerja dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.
Manakala pada 21 Januari 2018 peserta menghadiri Kelas Ms Excel mempelajari cara membuat pengiraan ringkas. Kelas seperti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para peserta membuat pengiraan dengan mudah tanpa menggunakan kalkulator dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Powerpoint serta dapat membezakan penggunaan Microsoft Powerpoint dan Excel pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: