Kelas Roti Dan Kek

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2018 yang lalu, Khatinah Awit telah mengadakan Kelas Membuat Roti dan Kek di PI PPR Sibujaya. Program ini berlangsung dari jam 8:00 Pagi sehingga jam 3:00 petang di bilik latihan Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya. Program ini disertai oleh 7 orang belia yang dikendalikan oleh pihak Khatinah dan PI PPR Sibujaya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepada belia mengenai pembuatan roti dan kek untuk kegunaan sendiri mahupun meningkatkan bilangan usahawan tempatan. Dalam program ini juga, para peserta diberi penerangan dan taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste dan Check Your Label.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali