Kursus Asas Komputer Advokasi, ICT & MS Word

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2018 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kursus Asas Komputer Advokasi, ICT & MS Word di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 6 orang peserta terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang yang merangkumi aktiviti seperti taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste, Check Your Label, pengenalan kepada PI, pengenalan kepada komputer dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan harian.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini serta memperkenalkan komponen-komponen komputer serta mendedahkan peserta tentang kebaikan E-Waste serta kepentingan Check Your Label pada alat komunikasi sekarang. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali