Mesyuarat Kluster Menarik di Sibu

24 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2018 (Ahad) yang lepas, Kluster Menarik di Sibu telah mengadakan mesyuarat tahunan bagi membincangkan agenda kluster untuk tahun 2019. Mesyuarat yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Sibujaya ini dihadiri oleh 10 orang ahli kluster yang terdiri daripada PI RPR Sibujaya, PI Bandong, PI Seduan Rantau Panjang PI Rantau Panjang dan PI Nanga Skuau, PI Tamin.

Pada mesyuarat kali ini, tujuan dan focus utamanya adalah untuk mencari jalan dan cadangan untuk penambahbaikan mutu kluster untuk tahun 2019. Selain itu, carta organisasi untuk tahun 2019 turut diperkenalkan serta perbentangan rancangan 2019. Melalui mesyuarat kali ini, kluster Menarik di Sibu berharap akan dapat menambahbaik mutu penghasilan kandungan laman sosial Facebook kluster dan juga mutu video yang dimuatnaik dan dikongsi di laman sosial tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali