Advokasi & Paint3D Merdeka

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2018, Pusat Internet RPR Sibujaya telah mengadakan Aktiviti MSPaint 3D dan Advokasi di Pusat Internet RPR Sibujaya. Program ini berlangsung dari jam 2:00 Petang sehingga jam 4:00 petang. Seramai 9 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah mengikuti aktiviti ini, program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan aplikasi Microsoft Paint3D dan dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap komputer pada masa yang sama dapat memupuk semangat patriotik di kalangan para pelajar. Peserta juga diberi penerangan, taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali