Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Fasa Ke-3

30 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2018 yang lalu, Pusat Internet (PI) RPR Sibujaya telah bekerjasama mengikuti Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Fasa 3 yang bertempat di Paramount Hotel dengan kerjasama pihak UiTM. Program ini berlangsung dari pukul 9:00 pagi sehingga 4.00 petang. Seramai 15 orang peserta mengikuti program ini. Program yang dijalankan bertujuan untuk mendedahkan usahawan kepada penyediaan rancangan perniagaan dan laman website perniagaan.

Kursus ini merangkumi aktiviti pembentangan rancangan perniagaan bersama usahawan yang merupakan usahawan luar bandar dan mendedahkan para peserta dengan kepentingan dan kelebihan membina laman website untuk perniagaan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta untuk memasarkan produk mereka dengan kaedah yang baru iaitu melalui pemasaran atas talian. Selain itu, usahawan juga dapat bertukar pendapat dan berpeluang untuk berkongsi ilmu perniagaan bersama peserta yang lain dan juga pihak penganjur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali