Hari Bersama Komuniti PI Bandong
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya dan PI PPR Seduan turut serta membantu menjayakan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg.Bandong. Program ini adalah anjuran bersama PI Bandong, Komuniti 1 Malaysia Kawasan Kg. Bandong dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Program ini berlangsung di PI Bandong dan bermula pada jam 6:30 pagi hingga jam 10:00 pagi. Encik Zulkarnain Bin Ismail, Pemangku Pegawai Daerah Sibu juga turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pendaftaran ahli PI, Senamrobik Bersama PAWE dan Komuniti, Taklimat e-Rezeki & Advokasi, Pertandingan Puzzle, E-Learning untuk peserta ICT Explorace, Penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan poster.
Tujuan Hari Bersama Komuniti PI Bandong ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf pengurusan PI dan komuniti setempat terutamanya ahli-ahli PI Bandong. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan PI, eRezeki, eKelas serta kursus yang diadakan di PI kepada para pengunjung yang datang.
Seramai lebih dari 50 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Diharapkan agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan seterusnya dapat memartabatkan kepentingan PI untuk masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: