Program Pemantapan Asas Komputer & Advokasi
8 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Sibujaya telah turut serta dalam Program Pemantapan Asas Komputer & Advokasi anjuran PI Meradong bersama Komunit 1Malaysia Kg Gemuan Jaya. Program ini berlangsung di PI Meradong bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 tengah hari. Encik Micheal Sabek selaku Pegawai Penerangan Meradong juga turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pengenalan PI, Pengenalan Internet KDB & Advokasi, Pengenalan Ms. Word & Latihan serta Pengenalan eRezeki. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf pengurusan PI dan komuniti setempat serta bertujuan untuk memperkenalkan PI serta kursus yang diadakan di PI kepada para pengunjung yang datang.
Seramai lebih dari 20 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur hadir ke program tersebut. Diharapkan agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan seterusnya dapat memartabatkan kepentingan PI untuk masyarakat.
Seramai lebih dari 100 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Diharapkan agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan seterusnya dapat memartabatkan kepentingan PI untuk masyarakat khususnya untuk komuniti luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: