Kelas Asas Video dan Editing

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 1 Disember 2018, wakil Pusat Internet Sibujaya telah menyertai Kelas Asas Video dan Editing yang diusahakan oleh Pusat Internet Kg. Bandong dan Pusat Internet Bawang Assan, bertempat di Pusat Internet Kg. Bandong, Sibu.

Di antara aktiviti yang diadakan adalah mempelajari teknik asas mengambil video dan cara-cara mengedit video dengan menggunakan aplikasi yang disediakan. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli pusat internet dan komuniti sekitar. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat amali mengambil video dan mengedit video sendiri dan tips-tips turut dikongsi oleh para pengajar kepada para peserta.

Selain itu, taklimat dan perkongsian Klik Dengan Bijak turut diselitkan semasa aktiviti itu berlangsung untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai cara penggunaan internet yang baik dan berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali