Aktiviti Kemerdekaan : 3D Paint

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Sibujaya telah mengadakan Aktiviti Kemerdekaan : 3D Paint dan Advokasi di Pusat Internet RPR Sibujaya. Program ini berlangsung dari jam 9:00 Pagi sehingga jam 12:00 Tengah hari. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti aktiviti ini, program ini memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan aplikasi Microsoft Paint 3D dan dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap komputer pada masa yang sama dapat memupuk semangat patriotik di kalangan para pelajar. Peserta juga diberi penerangan, taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali