Kursus Asas Komputer ICT & Pengenalan Komputer

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2019 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kursus Asas Komputer ICT & Pengenalan Komputer di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari yang merangkumi aktiviti seperti taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste, Check Your Label, pengenalan kepada PI, pengenalan kepada komputer.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini serta memperkenalkan komponen-komponen komputer serta mendedahkan peserta tentang kebaikan E-Waste serta kepentingan Check Your Label pada alat komunikasi sekarang. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali