Kelas Canva Poster Design

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2019 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kelas Canva Poster Design di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kelas ini memberi pengenalan dan pendedahan dengan penggunaan aplikasi online Canva untuk membuat poster.

Dengan pengunaan aplikasi Canva ini, ia boleh memudahkan peserta membuat suntingan gambar tanpa menggunakan aplikasi professional seperti Adobe photoshop untuk kegunaan peserta di masa yang akan datang serta dapat memberi pendedahan kepada aplikasi online yang amat berguna dan mudah untuk tujuan pegiklanan. Peserta juga diajar membuat poster dan menyimpan hasil kerja mereka secara atas talian dengan menggunakan Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali