Kelas MS Office Excel

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2019 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Asas pengenalan kepada Microsoft Office Excel di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 5 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Excel. Menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Excel juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan mempelajari cara membuat pengiraan ringkas.

Kelas seperti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para peserta membuat pengiraan dengan mudah tanpa menggunakan kalkulator dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Word serta dapat membezakan penggunaan Microsoft Word dan Excel pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali