Taklimat Khas Penutupan Siaran TV Analog & Pelaksanaan Siaran TV & Pelaksanaan Siaran TV Digital Myfreeview

15 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sebuah taklimat khas telah diadakan pada 14 Ogos 2019 (Rabu) untuk membincangkan mengenai penutupan siaran TV analog serta pelaksanaan siaran TV digital Myfreeview. Taklimat khas ini dianjurkan oleh pihak SKMM untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai perkara tersebut. Ianya dihadiri oleh ketua-ketua kluster bahagian Sibu, wakil-wakil Pejabat Daerah, Pejabat Residen sekitar Sibu dan juga wakil daripada pihak Pos Laju.

Taklimat tersebut diadakan di Dewan Suarah Sibu bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Perkara yang dibincangkan di dalam taklimat tersebut meliputi penutupan siaran analog TV seluruh negara dan juga pelaksaan siaran TV digital bagi menggantikan siaran analog yang sedia ada. Turut dibincangkan adalah cara-cara mempromosi dan memberitahu orang ramai mengenai perkara tersebut, demonstrasi pemasangan decoder dan diakhiri dengan sesi soal jawan di antara hadirin dan pihak SKMM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali