Kelas Asas Adobe Photoshop

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Asas Photoshop bersama Pusat Internet PPR Seduan dan Pusat Internet Bawang Assan, kelas tersebut dihadiri oleh 11 orang belia daripada sekitar Sibu. Modul yang diajar melibatkan cara penggunaan perisian Adobe Photoshop secara mudah dan cepat.

Pelbagai jenis tips dikongsi oleh tenaga pengajar kepada para peserta. Para peserta turut diberi peluang untuk membuat hasil kerja menggunakan perisian Adobe Photoshop. Perkongsian KDB dan Advokasi turut dibuat untuk memupuk penggunaan internet secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali