Kelas Penjagaan Kulit & Keusahawanan

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2019 yang lepas, penasihat kecantikkan Mary Kay, Pn. Syukor Hayani Mansor telah menganjurkan Kelas Penjagaan Kulit yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Sibujaya. Kelas yang berlangsung dari pukul 2 petang sehingga 6 petang ini disertai oleh peserta daripada sekitar Sibu.

Di samping teknik penjagaan kulit, Pn Syukor Hayani turut membimbing para peserta dengan teknik-teknik solekan yang baik dan para peserta turut melakukan amali solekan sendiri semasa kelas berlansung. Pn Syukor Hayani turut menggunakan kemudahan yang disediakan di Bilik Latihan PI Sibujaya seperti projector untuk penyampaian yang lebih berkesan kepada para peserta yang kesemuanya terdiri daripada kaum wanita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali