Kursus Online Marketing eUsahawan

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pihak Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) dan Digital Kenyalang Achievers dengan kerjasama Pusat Internet RPR Sibujaya telah menganjurkan Kursus Online Marketing eUsahawan. Kursus ini adalah salah satu kursus di bawah Program E-Usahawan Digital Kenyalang Achievers: Rural Series.

Kursus ini bertujuan untuk membantu dan membimbing para usahawan sedia ada dan usahawan baru untuk menggunakan platform media sosial untuk memasarkan perniagaan dan meningkatkan jualan mereka. Seramai 21 orang peserta menyertai kursus ini yang diselia oleh Encik Wan Najib bin Wan Hamdan.

Antara modul yang diajar kepada para peserta adalah Facebook untuk perniagaan, Instagram untuk perniagaan, WhatsApp untuk perniagaan, teknik copywriting dan tips mereka bentuk grafik untuk pengiklanan produk. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan di internet.

Kursus ini berlansung selama 8 jam bermula daripada pukul 8:30 pagi sehingga 4:30 petang ini menerima respon yang positif daripada peserta dan mereka berharap agar lebih banyak program seperti ini dianjurkan pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali