Kelas ICT Pengenalan Internet dan Emel

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019, seramai 13 orang pelajar-pelajar SMK Julau 2 telah menyertai Kelas ICT Pengenalan Internet dan Emel di Pusat Internet RPR Sibujaya. Kelas tersebut memberi panduan dan bimbingan kepada para peserta mengenai internet dan emel.

Para peserta didedahkan dengan kebaikkan dan fungsi internet di samping cara-cara untuk melayari internet dengan selamat. Para peserta juga diberi bimbingan untuk membuat emel peribadi dan telah diajar menghantar, menerima dan membalas emel.

Aktiviti sokongan yang dijalankan semasa kelas tersebut adalah aktiviti advokasi dan KDB, untuk memberi kesedaran kepada para pserta mengenai bahayanya internet sekiranya tidak digunakan dengan baik dan cara menjaga keselamat diri di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali