Kelas Asas ICT MS Word & Powerpoint

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Ogos 2019 yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas asas ICT MS Word & Powerpoint di bilik latihan PI Sibujaya yang dihadiri oleh Loura Anak Edward. Kelas berlangsung pada jam 1:30 petang sehingga 5:00 petang yang mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint dan MS Word untuk kegunaan harian.

Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word. serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016.

Kelas ini juga mengajar para peserta cara-cara mudah untuk menggunakan perisian MS Powerpoint, yang bertumpu kepada membuat pembentangan dan berkongsi tips-tips menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut diadakan untuk memupuk penggunaan internet secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali