Perkongsian Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

24 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan satu perkongsian ringkas untuk mempromosi kempen terbaru daripada MIV iaitu kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”.

Perkongsian tersebut dilakukan oleh sukarelawan MIV, iaitu pengurus PIK RPR Sibujaya, secara atas talian sejajar dengan saranan Kementeria Kesihatan Malaysia untuk mengelakkan pertemuan secara berdepan bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Kempen tersebut secara ringkasnya adalah mengenai penyebaran maklumat kepada orang ramai bahawa kebebasan untuk menyuarakan pendapat bukanlah alas an untuk orang ramai menyebarkan makluat yang tidak sahih atau pembohongan. Kempen ini juga adalah kesinambungan daripada kempen yang terdahulu iaitu mengenai Maklumat Palsu.

Perkongsian ringkas tersebut diharap dapat memabntu menyedarkan orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa menyuarakan pendapat di media sosial mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali