Kelas Asas Keusahawanan Shopee EP2

29 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Asas Keusahawanan yang melibatkan platform E-Dagang, Shopee, melalui video di Facebook. Kelas ini adalah Episod 2 yang merupakan kesinambungan Episod 1 yang lalu.

Pendekatan menggunakan video untuk membuat kelas adalah sebagai salah satu usaha yang sejajar dengan garis panduan standard yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penyebaran wabak Covid-19, iaitu mengurangkan pertemuan dengan jarak yang dekat dan pengamalan penjarakkan fizikal.

Kelas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada PIK RPR Sibujaya ini mengajar cara-cara untuk memuat naik gambar produk di akaun Shopee para peniaga dan juga cara untuk membuat deskripsi produk yang baik. Kelas ini menggunakan cara pengajaran yang ringkas dan mudah difahami oleh para peniaga-peniaga baru atau kepada sesiapa yang ingin menceburkan diri di dalam E-dagang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali