Kelas Asas ICT Google Meet
3 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Disember 2020 (Rabu) yang lepas, seorang pengguna Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah datang ke PIK untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di samping untuk belajar menggunakan aplikasi Google Meet.
Google Meet adalah salah satu aplikasi yang digunakan selain daripada Zoom untuk berkomunikasi secara atas talian pada masa sekarang di mana segala perjumpaan bersemuka adalah dihadkan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19. Pengguna tersebut yang merupakan pekerja sektor swasta, belajar dan dibimbing oleh tenaga pengajar PIK RPR Sibujaya untuk menggunakan Google Meet. Beliau diajar untuk memuat turun aplikasi tersebut di komputer dan juga diajar cara untuk mempersiapkan webcam dan microphone bagi memastikan mesyuarat atas talian beliau berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
Selain itu, beliau turut diberi sedikit perkongsian KDB dan Advokasi oleh tenaga pengajar PIK RPR Sibujaya mengenai Maklumat Palsu dan juga kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” sebagai aktiviti sokongan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: