Kelas Asas ICT MyCensus

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Dua orang surirumah yang menetap berhampiran Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah datang ke PIK untuk mempelajari cara mengisi banci penduduk dan perumahan 2020 secara atas talian melalui laman sesawang Mycensus.

Mereka diajar dan dibimbing oleh petugas PIK RPR Sibujaya untuk membuka laman sesawang tersebut menggunakan pelayar dan juga diajar untuk mengisi butiran peribadi. Butiran peribadi yang diisi adalah sebagai langkah bancian yang kini dilakukan secara atas talian bagi mengelakkan pertemuan bersemuka dengan pembanci bagi mengawal merebaknya wabak Covid-19. Selain itu, mereka turut diajar untuk membuat emel peribadi bagi kemudahan masa hadapan sekiranya mereka perlu untuk mendaftar di mana-mana laman sesawang kerajaan untuk urusan peribadi dan keluarga.

Aktiviti sokongan seperti KDB dan Advokasi mengenai kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” turut dilakukan oleh petugas PIK RPR Sibujaya bagi memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya tidak menyebarkan berita dan maklumat palsu di laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali