Kelas Asas MS Excel

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai 5 orang pelajar lepasan SPM telah menyertai Kelas Asas Microsoft Excel yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sibujaya pada 16 Februari 2020. Kelas tersebut adalah merupakan Modul ke-4 daripada 5 modul wajib untuk Kursus Asas ICT dan ianya berlangsung selama 4 jam. Para pelajar diajar asas menggunakan perisian Microsoft Excel dan diperkenalkan kelebihan menggunakan perisian tersebut berbanding cara penyimpanan maklumat yang lain.

Mereka diajar membuat system penyimpanan maklumat ringkas, teknik filter, sorting dan penghasilan jadual serta carta. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kemahiran menggunakan MS Excel semasa di university nanti dan semasa di alam pekerjaan kelak. Selain itu, perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali