Kelas ICT Atas Talian Google Classroom

24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Seorang ahli Pusat Internet Sibujaya telah meminta untuk diadakan Kelas ICT berkenaan dengan emel tetapi memandangkan PKPP masih berjalan, kelas diadakan secara atas talian untuk kemudahan peserta dan tenaga pengajar. Kelas diadakan secara atas talian di mana sebuah aplikasi daripada Google, iaitu aplikasi Google Classroom telah digunakan. Google Classroom dipilih sebagai medium pengajaran kerana ianya mesra pengguna dan corak penggunaan Google Classroom adalah seperti penggunaan media sosial Facebook. Ini akan memudahkan peserta yang tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut untuk memahami cara pengajaran.

Antara aktiviti yang dibuat oleh tenaga pengajar adalah aktiviti pemberian Latihan dan juga ruangan soal jawab di dalam aplikasi tersebut. Peserta akan bertanya soalan dan tenaga pengajar akan memberikan Latihan tambahan untuk memastikan bahawa peserta benar-benar memahami apa yang diajar. Selain itu, kemahiran menulis dan penggunaan emel turut diajar pada sesi pembelajaran atas talian itu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali