Kelas Asas Komputer

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai 5 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM telah menyertai Kelas Asas Komputer yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Pusat Internet Sibujaya. Kelas berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari iaitu selama 4 jam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti pengenalan kepada komputer, sejarah komputer dan juga pengenalan kepada perkakas dan komponen-komponen komputer. Pelajar turut diberi latihan asas menaip menggunakan Notepad untuk mengukur kebolehan menaip mereka sebelum masuk ke modul seterusnya, iaitu Asas MS Word.

Selain daripada itu, para pelajar turut diajar menggunakan pelayar internet dan enjin carian dengan berkesan dan telah diberi tugasan untuk mencari maklumat menggunakan enjin carian Google. Perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi turut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai bahayanya penggunaan internet yang tidak betul. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang memerlukan kemahiran menggunakan komputer seperti menaip dan menggunakan enjin carian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali