Kelas ICT MySejahtera

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan satu kelas ICT secara atas talian dengan menggunakan FB Live dan Streamyard. Kelas ini dikendalikan oleh Pengurus PIK RPR Sibujaya iaitu Adib dan berlansung bermula pada jam 10:30 pagi. Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk membuat perkongsian ICT mengenai aplikasi MySejahtera dan fungsi-fungsi terkini yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Tenaga pengajar juga berkongsi informasi ringkas mengenai aplikasi MySejahtera.

Para penonton dibimbing menggunakan aplikasi MySejahtera dan turut diajar cara-cara untuk menambah nama tanggungan di dalam aplikasi tersebut beserta cara menggunakan Hotspot Tracker bagi mengesan status terkini dan risiko COVID-19 di Kawasan masing-masing. Perkongsian pentingnya penggunaan aplikasi ini untuk memudahkan pemantauan dan kawalan daripada pihak KKM turut dilakukan. Tenaga pengajar turut menasihatkan para penonton supaya mematuhi saranan KKM dan patuhi SOP demi mengawal merebaknya COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali