Kelas Asas MS Powerpoint

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2020 yang lepas, Kelas Asas Microsoft Powerpoint telah dianjurkan oleh Pusat Internet Sibujaya dan disertai oleh 5 orang pelajar lepasan SPM. Kelas ini berlangsung pada pukul 1 petang sehingga pukul 5 petang dan ianya adalah sebagai pengisian masa lapang untuk para peserta sementara menanti keputusan SPM.

Tenaga pengajar mengajar teknik yang berkesan untuk penghasilan pembentangan serta asas-asas menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Kaedah pembelajaran dilakukan dengan menggunakan teknik bimbingan sambil membuat latihan bagi memberi impak yang lebih berkesan untuk pemahaman para peserta. Setelah selesai sesi pelajaran, para peserta diberi masa selama satu jam untuk menghasilkan pembentangan dengan topik pilihan masing-masing dan seterusnya mereka diberi peluang untuk membuat pembentangan di hadapan kelas bagi melatih mereka untuk bercakap di khalayak ramai.

Kesemua peserta mampu menghasilkan pembentangan yang baik dan tenaga pengajar turut berkongsi tips untuk penambahbaikan pembentangan mereka dan diharap tips tersebut dapat membantu mereka untuk membuat pembentangan di masa hadapan, baik semasa di universiti atau semasa di alam pekerjaan. Perkongsian KDB dan Advokasi turut dibuat sebagai aktiviti sokongan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali