Kelas Asas ICT MS Publisher Zoom

31 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Aplikasi Zoom kini telah menjadi aplikasi penting sepanjang tempoh PKPP di mana pertemuan secara bersemuka adalah amat tidak digalakkan bagi membendung pandemic COVID-19. Kelas dan Latihan di Pusat Internet Sibujaya juga tidak terkecuali. PI Sibujaya mengambil inisiatif menggunakan aplikasi Zoom bagi memudahkan peserta menyertai Kelas Asas secara atas talian.

Walaupun tidak seperti Latihan dan kelas secara bersemuka, tetapi Latihan secara atas talian juga sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada tenaga pengajar dan juga peserta. Ilmu dapat disampaikan secara efektif dan segala persoalan dapat dijawab dan difahami oleh peserta. Sesi soal jawab dan perkongsian KDB & Advokasi turut dilakukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali