Aktiviti Bulan Hari Kemerdekaan - Quizzizz
29 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPandemik COVID-19 tidak menghalang sekumpulan pelajar sekolah seramai 3 orang untuk datang menyertai aktiviti kuiz atas talian di Pusat Internet Sibujaya. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizzizz, satu aplikasi pembelajaran elektronik yang baru. Aktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara kita, Malaysia. Aktiviti ini memerlukan para peserta menjawab soalan-soalan yang bertemakan sejarah dan pengetahuan am mengenai Malaysia tetapi disesuaikan dengan peringkat umur mereka.
Antara soalan-soalan yang ditanya adalah mengenai maksud warna bendera di dalam jalur gemilang, apakah rukun-rukun negara dan nama-nama negeri di dalam Malaysia. Di samping menambah pengetahuan di dalam pengetahuan am, peserta turut didedahkan dengan pengetahuan ICT dan pembelajaran digital dengan menggunakan kaedah atas talian. Selain itu, perkongsian KDB dan advokasi turut dilakukan oleh Pusat Internet Sibujaya demi memberi kesedaran kepada para peserta akan pentingnya penggunaan internet secara berhemah di samping memberi bimbingan kepada para peserta cara menjaga keselamatan diri semasa menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: