TTT Streamyard Live Streaming Studio (M)

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2020 yang lepas, telah diadakan satu TTT (Train the Trainer) untuk semua Pengurus Pusat Internet negeri Sarawak di bawah NERA. Seramai lebih kurang 35 orang peserta telah menyertai Latihan TTT ini. Latihan ini bertujuan untuk melatih para pengurus PI cara-cara menggunakan platform Streamyard untuk membuat “live streaming” bagi tujuan latihan dan program di pusat internet masing-masing.

Tenaga pengajar untuk TTT kali ini adalah Pengurus PI Kg. Taee iaitu Cik Ramlah. Latihan bermula pada pukul 9:30 pagi dan dikendalikan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Antara modul yang diajar adalah cara membuat akaun baru, menggunakan kamera dan mic yang betul semasa live dan cara menghubungkan platform Streamyard dengan laman Facebook PI. Latihan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali