Aktiviti Bulan Hari Kemerdekaan – Tik Tok Hari 1

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Tidak dinafikan bahawa aplikasi Tik Tok semakin mendapat perhatian di kalangan belia. Justeru itu, Pusat Internet Sibujaya mengambil peluang ini untuk menggunakan aplikasi tersebut sebagai salah satu medium untuk aktiviti menyambut bulan kemerdekaan. Untuk hari pertama, seramai kira-kira 4 orang peserta yang terdiri daripada ahli pusat internet datang ke pusat internet untuk berlatih dan belajar menggunakan aplikasi Tik Tok tersebut dengan baik. Mereka diajar cara-cara mengambil video dan juga menghasilkan jalan cerita yang menarik dengan menggunakan aplikasi tersebut. Hari pertama aktiviti ini diisi sepenuhnya oleh para peserta untuk belajar dan berlatih sebelum meneruskan aktiviti merekod video pada hari keesokannya. Selain itu, para peserta turut dikongsikan dengan aktiviti KDB dan Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali