Quizizz: Mengenal Simbol ICT

11 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian bagi memudahkan para perserta mengikuti kuiz tersebut di samping menjaga SOP masing-masing pada musim PKP ini. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz, iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan individu mengenai simbol-simbol ICT. Antara soalan yang diuji sepanjang kuiz ini berlangsung ialah apakah yang dimaksudkan dengan world wide web(www.), jenis-jenis browser, nama-nama bagi ikon ICT, dan Microsoft Office yang manakah sesuai digunakan untuk membuat surat rasmi. Di samping menambah pengetahuan, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan mengenal symbol ICT ini dapat memberi pengetahuan untuk para peserta terutamanya kepada para pelajar sekolah supaya mereka lebih arif dan faham tentang simbol-simbol tersebut untuk kegunaan mereka di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali