Quizizz: Istilah Am ICT

12 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian pada 11 Jun 2021 yang lepas bagi memudahkan semua perserta yang mengikuti kuiz tersebut di samping menjaga SOP masing-masing. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz, iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang istilah ICT. Antara soalan yang diuji sepanjang kuiz ini berlangsung ialah apakah yang dimaksudkan dengan Cloud-based storage, cookie, bug boleh menyebabkan apa, definisi URL, definisi website dan fungsi zip. Di samping menambah pengetahuan, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan istilah am ICT ini dapat memberi pengetahuan untuk para peserta terutamanya kepada para pelajar sekolah supaya mereka lebih arif dan faham tentang istilah-istilah tersebut untuk kegunaan mereka di masa depan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali