Tutorial Borang Tinjauan Pelanggan

13 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Sarawak, Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan tutorial secara atas talian. Tutorial Borang Tinjauan Pelanggan melalui Microsoft Forms ini telah diajar secara ringkas melalui platform Facebook disebabkan situasi pada masa sekarang yang mengehadkan pengajaran secara bersemuka.

Tutorial ringkas yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PIK RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar membuat borang tinjauan pelanggan sekaligus mengetahui pendapat daripada pelanggan. Antara yang diajar ialah, menambah logo dan tajuk, memilih jenis dan cabang soalan, kaedah menghantar dan mengumpul jawapan, melihat dan menganalisa dari borang dan seterusnya mengeksport maklumat ke Microsoft Excel untuk menganalisa secara terperinci.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas, diharap ianya dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali