Perkongsian OBS Studio/Berkongsi Paparan Telefon Bimbit ke Komputer

14 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa yang lepas, bersamaan dengan 13 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis dan beberapa pusat internet komuniti yang lain untuk membuat perkongsian tentang OBS Studio dan bagaimana caranya untuk berkongsi paparan dari telefon pintar ke laptop ataupun PC.

Tenaga pengajar untuk sesi perkongsian kali ini ialah Penolong Pengurus PIK Tanjung Manis iaitu Encik Sulaiman. Perkongsian kali ini merangkumi beberapa jenis aplikasi perisian yang digalakkan untuk pengguna berkongsi paparan daripada telefon bimbit mereka ke laptop ataupun PC, pengenalan ringkas mengenai Open Broadcaster Software (OBS) Studio beserta kegunaannya, cara-cara untuk menyunting video menggunakan OBS dan pengawalan suara semasa penyuntingan dilakukan. Sesi perkongsian ini juga bertujuan untuk melatih para Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti supaya berkongsi ilmu dengan komuniti di sekitar PIK masing-masing.

Sesi yang berjalan selama hampir satu jam ini berlangsung menerusi aplikasi Google Meet memandangkan pada ketika ini Peritah Kawalah Pergerakan masih berjalan dan arahan untuk bekerja dari rumah telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan para petugas PIK. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk menghalang para peserta dari memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali