Tatacara Temuduga dalam Talian

18 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah membuat satu perkongsian ringkas mengenai tatacara yang betul semasa melakukan temuduga secara dalam talian pada 17 Julai 2021 yang lepas menerusi platform media sosial, Facebook.

Antara tips-tips yang telah dikongsikan ialah cara menyempurnakan gambar profil, menyemak dan menambah baik peralatan teknologi yang akan digunakan semasa temuduga, sentiasa bersedia untuk panggilan, mengasah kemahiran bercakap dan penampilan semasa ditemuduga dan mengakhiri temuduga dengan sikap yang positif supaya dapat meninggalkan impak mendalam terhadap penemuduga.

Diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta temuduga untuk membuat persiapan dengan betul semasa menjalani temuduga secara dalam talian pada musim Covid-19 ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali