Kelas Ringkas Asas Excel

15 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun yang lepas, Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan kelas ringkas asas Excel secara atas. Kelas ini diadakan secara atas talian melalui platform Facebook disebabkan situasi semasa Covid-19 di Sarawak masih di dalam keadaan yang membimbangkan dan beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sibu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan dan ini telah menyukarkan untuk membuat kelas secara bersemuka.

Kelas yang diadakan ini dikendalikan oleh staff PIK RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar tentang asas Microsoft Excel. Antara yang diajar semasa kelas ini berlangsung ialah, cara untuk membuka buku kerja yang baru melalui tiga cara, cara untuk memasukkan data ke dalam worksheet, cara untuk menbetulkan data dan cara untuk memilih atau menanda julat.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas, diharap ianya dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali