Wordsearch - ICT

16 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan satu aktiviti secara atas talian pada 15 Jun yang lepas bagi memudahkan para penonton untuk turut serta mengikuti permainan tersebut di samping menjaga SOP masing-masing pada musim PKP ini. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Wordwall iaitu satu aplikasi permainan secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan para peserta tentang nama-nama yang berkaitan dengan ICT dan juga bagaimana reka bentuk dan juga logo yang berkaitan dengan ICT. Antara komponen-komponen yang diuji di dalam permainan tersebut ialah, komputer, pendrive, keyboard, monitor, laptop dan tetikus. Di samping menambah pengetahuan, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Dengan ini, diharap aplikasi Wordwall ini dapat memberi pengalaman baru kepada para peserta iaitu dengan bermain secara atas talian semasa musim pandemik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali